Tuesday, 20 December 2011

Teknologi RFID

Teknologi RFID boleh dipraktikkan dalam bsines contohnya dalam bidang penternakan. RFID adalah seperti tag nama yang menyimpan maklumat-maklumat produk dan boleh di 'scan' untuk tujuan rekod. Teknologi RFID membolehkan penternak megurus haiwan ternakan dengan lebih efisyen dan sistematik.



Artikel di bawah ini memaparkan kisah penggunaan RFID dalam bidang penternakan di Malaysia.

*******************************************************************************

Malaysia menjadi negara pertama di Asia selepas Eropah menggunakan sistem daya jejak ternakan yang menggunakan frekuensi radio (RFID), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB.Dato' Mustapa Mohamed. 


Beliau berkata selain Australia, Kanada dan Amerika Syarikat yang menggunakan sistem teknologi itu, hanya Malaysia melaksanakan sistem pengenalan untuk ternakan yang berjumlah RM500 juta bagi fasa pertama.
"Ianya merupakan langkah permulaan, bagi fasa pertama dengan RM500 juta diperuntukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (dan) kita akan memasang alat RFID itu kepada 80,000 ternakan lembu di seluruh negara. 


"Ia juga akan diperluaskan lagi bagi ternakan lain termasuk kambing jika projek itu berjaya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sistem RFID itu, di sini, sabtu lalu.
Beliau berkata sistem itu merupakan kod pengenalan dalam bentuk tag telinga untuk dilekatkan kepada binatang ternakan serta mempunyai maklumat peribadi terhadap ternakan itu. 



YB.Dato' Mustapa Mohamed berkata sistem menggunakan mikrocip yang disambung kepada antena dan pada mikrocip itu terkandung maklumat alamat, lokasi, jantina, nama penternak, asal ternakan dan tarikh pergerakan ternakan.
Beliau berkata melalui sistem itu sekiranya berlaku wabak penyakit, punca penyakit dapat dikesan bagi membolehkan kawalan penyakit seperti penyakit kuku, tangan dan mulut dilaksanakan dengan segera dan berkesan. 


"Sistem dayajejak ternakan yang mengandungi rekod-rekod pergerakan ternakan boleh digunakan untuk mengenalpasti lokasi ternakan ditempatkan agar ternakan lain yang pernah bersama dengan ternakan berpenyakit dapat dikuarantinkan dan aktiviti kawalan penyakit dapat dijalankan dalam masa singkat," katanya. 


Beliau berkata Malaysia perlu melaksanakan sistem dayajejak itu untuk meningkatkan daya saing dalam pasaran makanan halal dan mematuhi syarat-syarat pengimportan makanan di beberapa negara seperti Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan negara timur tengah. 


Beliau berkata walaupun tahap pengeluaran negara untuk industri ternakan belum lagi mencapai tahap sara diri tetapi industri produk tambah nilai mempunyai potensi untuk pasaran ke luar negara, justeru langkah penggunaan sistem RFID itu dilihat penting untuk menepati tahap piawaian antarabangsa. 


Sumber Artikel :
http://jpvgeoportal.penang.gov.my/index.php?col=teknologi&page=mainpage/teknologi/rfid.html

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons