YouTube telah dinobatkan sebagai media pemasaran dan iklan melalui video terbaik bagi tahun 2011. Tanpa tandingan, YouTube membolehkan pengguna mempromosikan produk, perkhidmatan, servis dan maklumat perniagaan kepada pengunjung laman web tersebut yang datang dari seluruh dunia.
Artikel ini memaparkan 7 cara menggunakan YouTube secara efektif untuk membantu mempromosikan bisnes anda.
1.Saluran Bisnes dalam Youtube
Hasilkan satu saluran (channel) khas untuk muat naik semua video berkaitan bisnes anda. Saluran ini mestilah fokus untuk mempromosikan produk dan servis anda tanpa bercampur dengan video persendirian lain.
2.'Tag' Video Anda
Tag video anda dengan kata kunci yang betul. Dengan cara ini, video anda mudah dipaparkan pada carian di dalam laman YouTube.
3.'Soft Sell' Video Bisnes Anda
Hasilkan video yang baik dan lebih mesra pengguna. Jangan jadikan video anda seperti iklan di televisyen kerana video anda mungkin akan dilabel sebagai 'unappropriate' dan dibuang.
4.Video promosi dan Pertandingan
Lancar sebuah video pertandingan dan video kempen yang menarik untuk mendapatkan lebih banyak 'views'. Lakukan promosi secara bersungguh dan 'share' video anda di Twitter dan Facebook!
5.'Playlist'
Playslist adalah cara terbaik mengurus koleksi video-video anda. Ini bukan sahaja memudahkan kerja anda, malah pengguna juga akan senang melayari saluran video perniagaan anda.
6.'Call to Action'
Masyarakat kini suka berhubung melalui laman sosial. Galak pengunjung video anda untuk melanggan video-video di saluran anda (subscribe) . Selain itu, ajak mereka untuk memberi 'rate' dan komen pada setiap video yang dimuat naik.
7.Servis Pelanggan
Hasilkan video yang memberikan peneranagn ke atas produk ini. Contohnya, hasilkan video 'Bagaimana mengguankan Produk A, Langkah demi Langkah'. Hal ini akan menggalakkan kebergantungan pelanggan terhadap produk anda.
Contoh Video Bisnes dalam Youtube
FedEx
Ikea
Nippon Paint
Sumber Artikel :


