Penggunaan telefon pintar bukan sahaja tertumpu pada membuat panggilan, malah lebih daripada itu. Aplikasi mudah alih (mobile) tertentu boleh digunakan usahawan untuk membantu bisnes mereka.
Bagi menjadikan bisnes lebih efektif, kebanyakan usahawan sanggup membelanjakan wang membeli aplikasi mudah alih ini kerana berkesanannya yang telah terbukti.
Senarai di bawah adalah contoh aplikasi mudah alih bagi telefon pintar yang boleh dimanfaatkan oleh para usahawan.
1. Bento
Bento mengurus kehidupan anda. Ia mudah diubah suai pada pengkalan datanya, jadual, inventori dan sebagainya.
Ciri unik : iTunes-style untuk carian dan tapisan (sort)
Harga : $4.99
Untuk Penggunaan : iPhone
2. Evernote
"Evernote captures your brilliant ideas and entrepreneurial insights the moment they strike, documenting them as text, photos or audio recordings and auto-synchronizing all content to the desktop."
Ciri Unik : Informasi Geo-Lokasi
Harga : Percuma
Untuk Penggunaan : iPhone, Android, BlackBerry, Windows Mobile, Palm webOS
3. Poynt
Aplikasi seperti Yellow Pages yang bertindak sebagai direktori untuk kesemua tempat yang anda cari.
Ciri Unik : Penunjuk arah Turn-by-turn Google Maps , integrasi buku alamat
Harga : Percuma
Untuk Kegunaan : iPhone, Android, BlackBerry
4. Sales CRM EZi
Membantu mengurus pelaung niaga dan menjana laporan keuntungan. Menjanjikan prospek yang menarik dengan saluran pelan tindakan kepada pengguna.
Ciri Unik : Status jualan yang dikemaskini oleh pengguna sendiri, alatan megira komisen .
Harga : $9.99
Untuk Kegunaan : iPhone
5. InerTrak
Membantu usahawan mengurus projek dan kerja yang banyak. Aplikasi ini merekod jumlah perbelanjaan dan bil mengikut kadar-kadar tertentu.
Ciri Unk : Paparan lengkap projek, integrasi 'desktop' (dibeli berasingan), catatan dan komen.
Harga : $4.99
Untuk Kegunaan : iPhone
Sumber Artikel :
http://www.entrepreneur.com/article/217407